.............PeRAntARaaN PeMikIRaN.............
Wednesday, December 22, 2010
Sunday, November 14, 2010
TakdirNYA
Thursday, November 11, 2010
hArGaSEBUAHkepercayaan..
Monday, November 8, 2010
ALLAH MAHA BESAR
Tuesday, October 5, 2010
ExAm
Mari la same2 kita panjatkn doa kepada tuhan agar pepriksaan akhir semester ini dapat ku lalui dgn tenang yakni lebih baik dari hari2 sebelum amin.....
hehe...Final Exam nk dTG lagi....!!!!!!!
blum ada apa2 preprtion lg yg aku buat... asik pikir nk KAWIN je dah..huhu.
rasenyer xla berat sgt paper tk sem ni. Lgpun de 1paper je...TERMODINAMIK2
Ermmm...cpt2la mase berlalu. Sem dpn tinggal Projek je lg. pas2 bis...da bole Merdeka tK selamenyer. Pasni aku da xmo cont.Study lg da. Sakit kpale...tp tk 2 tau 3 tahun lg xtaula.
Pepun wt mase skrg aku blum tepikir lg.....
tunanganku(cik nurjannah)
Pasni weekend kite da bile pg befoye2, Yahoo....selagi ada duit di dlm poket ni ckp sje kemane akn ku bawa...cheewah.
kwn2
Pasni insyaallah xmiss lg kenduri hehe....
Family Tersayg.
pasni klu ade pepe plan jgn segan2 lg bg tau je, insyaallah bole ETEN(hihi)..Pastu yg pasal nk pg mkn angin tu kite da bole rancang buat Disember ni k.
sekian....
Monday, October 4, 2010
AyAH aKu Rindu
sejak kehilanganmu di dunia ini
di saatku meniti
kejayaan ini.
ayah aku menyanjungi
jasamu yang terlalu agung buatku
tak dayaku membalas
jasa dan budimu
tanpa kamu
hilanglah haluan hidupku
terasa siksanya dijiwa ini
tak dapatku membalas jasamu
di dunia ini
dipagi raya ku
pohonkan kemaafan
keinsafan
ku doakan agar rohmu
dicucuri rahmat ilahi
oh...ayah.
tanpa kamu
hilanglah haluan hidupku
terasa siksanya di jiwa ini
namun ku tetap redha
apa yang mendatang
ayah aku menyanjungi
jasamu yang terlalu agung buatku
di hari raya ini
ku merinduimu....
Al-Fatihah.
Wednesday, November 11, 2009
:: Electrical Discharge Machine ::
ELECTRICAL DISCHARGE MACHINE REPORT
Mohd Firdhaus Bin Dahlan (06PKM09S1011)
Muhammad Syafi'ie Bin Hadi (06PKM09S1009)
Muhd Himyal Bin Abd Wahab (06PKM09S1016)
Diploma Kejuruteraan Mekanikal (KSS1) Julai 2009
Politeknik Port Dickson, Negeri Sembilan.
PENGENALAN
APA ITU EDM???
Mesin Nyahcas Elektrik (EDM) terbahagi kepada 3 jenis iaitu:-
- EDM Wirecut
- EDM Diesinking
- EDM Drilling
Dibawah adalah contoh gambarajah ketiga-tiga mesin ini:-
EDM WIRECUT
EDM DIESINKING
- Dua konduktor elektrik iaitu bahan kerja dan elektrod bertemu antara satu sama lain dimana bendakerja daripada cas positif manakala elektrod bercas negatif.
- Arus mengalir antara 250 Hz hingga 500,000 Hz kali dalam satu saat. Menghasilkan bunga api bertekanan hingga suhu 3000 'c
- Proses ini berlaku di dalam elektrolisis dimana kedua-dua alat ini direndamkan sekaligus di dalam cecair dielektrik.
- Cecair ini juga bertindak mengawal benda kerja daripada panas untuk mendapatkan hasil kerja yang bermutu tinggi tanpa mengalami perubahan sifat.
- Kelegaan antara benda kerja dan elektrod ialah 2-5 mikrometer.
Gambarajah Skematik EDM Diesinking
Alatan Utama EDM :
- Elektrod dan Cecair dielektrik
- Bendakerja
- Bekalan Elektrik
- Sistem Penapis dan Tangki Simpanan
- Tangki Elektrolisis
- Meja Mesin
- Pump
Pemilihan Elektrod
Elektrod bertindak sebagai mata pemotong dan pemilihan elektrod adalah sangat penting bagi kerja ini untuk mendapatkan hasil yang baik. Elektrod haruslah bersifat lebih keras daripada benda kerja dan pemilihan elektrod adalah seperti berikut:
- Mudah di mesin kepada bentuk yang dikehendaki
- Harga yang berpatutan
- Nisbah haus yang tinggi
- Ia mampu membentuk kerja yang rumit
- Mudah di dapati serta mempunyai ketepatan yang baik
Terdapat beberapa jenis elektrod iaitu:
- Jenis Grafit
- Tembaga Tungsten
- Campuran Karbon dan Tembaga
- Perak Tungsten
- Loyang
Dibawah terdapat beberapa contoh gambar elektrod yang terdapat di pasaran:
Contoh-contoh Elektrod
Lakaran Gambarajah hasil daripada Penggunaan EDM Diesinking
Gambar diatas menunjukkan hasil daripada pemotongan logam oelh EDM jenis diesinking dan kerja diatas menggunakan elektrod jenis Grafit bagi tujuan pemotongan. Elektrod jenis ini dipilih adalah kerana harga yang berpatutan disamping ia sangat mudah di temui di dalam pasaran pada masa akan datang. Grafit juga agak mudah dibentuk dan mempunyai sifat nisbah haus yang tinggi. Seperti yang kita lihat, jika elektrod dibentuk dalam keadaan bulat maka hasil pada benda kerja yang boleh kita dapati juga adalah sama. Oleh itu, ukuran yang tepat adalah sangat penting dalam kerja-kerja membentuk elektrod.
Hasil Benda Kerja yang siap dipotong
Dibawah antara contoh-contoh hasil kerja daripada EDM
Hasil Kerja EDM Drilling
Video Penghasilan Kerja EDM die sinking
KESIMPULAN:
Secara konklusinya, mesin EDM telah digunakan secara meluas di negara ini. Berdasarkan laporan, dapat kita mengklafisikasikan jenis-jenis mesin EDM, kegunaan mesin EDM, elektrod yang biasa digunakan dan secara am nya mesin ini berupaya melakukan pelbagai bentuk pemotongan menggunakan elektrod yang sesuai. Selain itu, mesin ini juga dikendalikan oleh tenaga kerja yang mahir kerana kos mesin ini agak mahal serta mengutamakan keselamatan semasa mengendalikannya.