Wednesday, November 11, 2009

:: Electrical Discharge Machine ::


ELECTRICAL DISCHARGE MACHINE REPORT
(MESIN NYAHCAS ELEKTRIK)
Oleh : Kumpulan 2

Produced By :

Mohd Firdhaus Bin Dahlan (06PKM09S1011)

Muhammad Syafi'ie Bin Hadi (06PKM09S1009)

Muhd Himyal Bin Abd Wahab (06PKM09S1016)

Diploma Kejuruteraan Mekanikal (KSS1) Julai 2009

Politeknik Port Dickson, Negeri Sembilan.

PENGENALAN

APA ITU EDM???

Electrical Discharge Machine (EDM) merupakan salah satu proses permesinan nonkonvensional yang berasaskan komputer sebagai pengendali utamanya. Mesin EDM digunakan untuk membuat rongga cetakan yang memiliki kontur atau permukaan yang kompleks dan perisian yang tinggi. Salah satu produk yang selalu digunakan oleh mesin EDM adalah dies dan mould yang memiliki kekerasan yang tinggi. Peranan dies dan mould pada proses manafaktur seperti deep , drawing, forging, pengecoran dan lain-lain sangatlah mempengaruhi terutama pada kualiti ketepatan, dimensi, perisian, dan kekerasan permukaan dies. Untuk meningkatkan produktiviti dan kualiti hasil produk sesuai dengan yang diinginkan, pengetahuan parameter selama proses permesinan EDM hendaklah berada dalam keadaan baik. Bahan terbaik seperti Aloi Titanium mempunyai sifat-sifat teknikal yang sangat baik, tetapi penerimaannya agak kurang dalam industri disebabkan oleh kesukaran dalam proses pemesinan. Mesin yang terbaik seperti Mesin Nyahcas Elektrik (EDM) merupakan proses yang berpontensi untuk memotong bahan-bahan tersebut.

Mesin Nyahcas Elektrik (EDM) terbahagi kepada 3 jenis iaitu:-

  • EDM Wirecut
  • EDM Diesinking
  • EDM Drilling

Dibawah adalah contoh gambarajah ketiga-tiga mesin ini:-

EDM WIRECUT

EDM DIESINKING

EDM DRILLING

Bagaimanakan EDM bekerja??
  • Dua konduktor elektrik iaitu bahan kerja dan elektrod bertemu antara satu sama lain dimana bendakerja daripada cas positif manakala elektrod bercas negatif.
  • Arus mengalir antara 250 Hz hingga 500,000 Hz kali dalam satu saat. Menghasilkan bunga api bertekanan hingga suhu 3000 'c
  • Proses ini berlaku di dalam elektrolisis dimana kedua-dua alat ini direndamkan sekaligus di dalam cecair dielektrik.
  • Cecair ini juga bertindak mengawal benda kerja daripada panas untuk mendapatkan hasil kerja yang bermutu tinggi tanpa mengalami perubahan sifat.
  • Kelegaan antara benda kerja dan elektrod ialah 2-5 mikrometer.

Gambarajah Skematik EDM Diesinking

Alatan Utama EDM :

  • Elektrod dan Cecair dielektrik
  • Bendakerja
  • Bekalan Elektrik
  • Sistem Penapis dan Tangki Simpanan
  • Tangki Elektrolisis
  • Meja Mesin
  • Pump

Pemilihan Elektrod

Elektrod bertindak sebagai mata pemotong dan pemilihan elektrod adalah sangat penting bagi kerja ini untuk mendapatkan hasil yang baik. Elektrod haruslah bersifat lebih keras daripada benda kerja dan pemilihan elektrod adalah seperti berikut:

  • Mudah di mesin kepada bentuk yang dikehendaki
  • Harga yang berpatutan
  • Nisbah haus yang tinggi
  • Ia mampu membentuk kerja yang rumit
  • Mudah di dapati serta mempunyai ketepatan yang baik

Terdapat beberapa jenis elektrod iaitu:

  • Jenis Grafit
  • Tembaga Tungsten
  • Campuran Karbon dan Tembaga
  • Perak Tungsten
  • Loyang

Dibawah terdapat beberapa contoh gambar elektrod yang terdapat di pasaran:

Contoh-contoh Elektrod

Lakaran Gambarajah hasil daripada Penggunaan EDM Diesinking

Gambar diatas menunjukkan hasil daripada pemotongan logam oelh EDM jenis diesinking dan kerja diatas menggunakan elektrod jenis Grafit bagi tujuan pemotongan. Elektrod jenis ini dipilih adalah kerana harga yang berpatutan disamping ia sangat mudah di temui di dalam pasaran pada masa akan datang. Grafit juga agak mudah dibentuk dan mempunyai sifat nisbah haus yang tinggi. Seperti yang kita lihat, jika elektrod dibentuk dalam keadaan bulat maka hasil pada benda kerja yang boleh kita dapati juga adalah sama. Oleh itu, ukuran yang tepat adalah sangat penting dalam kerja-kerja membentuk elektrod.


Hasil Benda Kerja yang siap dipotong
Dibawah antara contoh-contoh hasil kerja daripada EDM

Hasil Kerja EDM Wirecut

Hasil Kerja EDM Diesinking

Hasil Kerja EDM Drilling



Video Penghasilan Kerja EDM die sinking


KESIMPULAN:

Secara konklusinya, mesin EDM telah digunakan secara meluas di negara ini. Berdasarkan laporan, dapat kita mengklafisikasikan jenis-jenis mesin EDM, kegunaan mesin EDM, elektrod yang biasa digunakan dan secara am nya mesin ini berupaya melakukan pelbagai bentuk pemotongan menggunakan elektrod yang sesuai. Selain itu, mesin ini juga dikendalikan oleh tenaga kerja yang mahir kerana kos mesin ini agak mahal serta mengutamakan keselamatan semasa mengendalikannya.

No comments:

Post a Comment