Wednesday, November 11, 2009


PRODUCED BY:

SHAFARIZY BIN ABD AZIZ 06PKM09S1003
MOHD AZIZI BIN MOHD YUSOF 06PKM09S1004
MOHD ZUHAINI LISA B MOHD RAMLI 06PKM09S1005

DIPLOMA OF MECHANICAL ENGINEERING (KSS1) JULAI 2009
POLITEKNIK PORT DICKSON
TECHNOLOGY WORKSYOP 4



PENGENALAN


DEFINISI EDM

EDM bermakna ‘electrical discharge machining’ atau Pemesinan Elektronyahcas Elektrik. Proses ini merupakan satu proses peleburan atau pembuangan zarah-zarah logam (tatal) dengan tembakan bunga api dari sebatang elektrod.




Gambarajah menunjukkan skematik EDM

Secara amnya proses ini dijalankan didalam elektrolisis dimana cecair tersebut bukan konduktor (cth : petrolum distilite dengan bahan capuran ataupun air suling).

PRINSIP ASAS PEMESINAN EDM.

Dalam proses ini ia berfungsi dengan dua konduktor iaitu

I) elektrod
II) bahan kerja

ia hampir bertemu diantara satu sama lain dengan melalui media pengalir iaitu dielektrikan.Dalam proses ini dielektrik berfungsi sebagai system penyejukan serta mengeluarkan serpihan yang terhasil daripada elektrod dengan bahan kerja.

Alatan kelengkapan mesin EDM

*unit bekalan elektrik (power supply)
*Unit Hidraulik Spindal
*Meja mesin
*Tangki Elektrolisis

*sistem penapis dan tangki simpanan

ELEKTROD EDM
merupakan alat pemotong untuk memesin sesuatu benda kerja dan perlu dibentukkan serupa dengan bentuk benda kerja yang hendak dibuang

Jenis Bahan Elektrod
* Graphite (grafite)
*Campuran karbon dengan tembaga
*Loyang
*Tembaga
*Perak Tungsten


Ciri-ciri elektrod yang baik

a) mudah dimesinkan kepada bentuk yang dikehendak

b) kos yang agak berpatutan
c) Dimensi yang jitu dan tepat dan mudah didapati

d) Kemasan permukaan yang tinggi
e) Nisbah kehausan yang tinggi

CONTOH-CONTOH MESIN EDM







DIE SINKING EDM MACHINE
















WIRE CUT EDM MACHINE





CONTOH CONTOH ELEKTROD









LAKARAN CONTOH PROJEK MENGGUNAKAN MESIN EDM DIE SINKING




gambar diatas adalah proses EDM membuat lubang.Proses tersebut berlaku apabila elektrod bertemu dengan bahan kerja melalui media pengalir iaitu petrolum distiliate dengan bahan campuran.Elektrod yang digunakan adalah graphite (grafit) kerana ia mempunyai nisbah haus yang rendah dan bahan kerja adalah stainless steel.





KEBAIKAN

  1. Bebas 'burr'
  2. mampu membentuk kerja yang rumit.
  3. boleh mengeluarkan 'tap' yang patah
  4. Beroperasi secara automatik.
  5. Had terima yang sangat rendah.

KEBURUKAN

  1. Operasi lambat.
  2. Roda besar
  3. Hanya boleh menggunakan bahan pengalir elektrik
  4. sekiranya melakukan benda kerja berongga / berliang berlaku pernirusan setiap 6mm = 0.001/0.002 mm.
  5. Sekiranya bahan kerja lembut berlaku sedikit pengerasan pada permukaan benda kerja.
  6. Masih terdapat bijih pada permukaan benda kerja walaupun halus.

KESIMPULAN

secara umumnya, mesin EDM telah digunakan secara meluas di negara ini. Berdasarkan laporan ini, dapatlah kita mengetahui jenis-jenis mesin EDM, kegunaan mesin EDM, elektrod yang biasa digunakan dan hakikatnya mesin EDM ini berupaya melakukan pelbagai bentuk pemotongan menggunakan elektrod yang sesuai.Selain itu mesin ini mesti dikendalikan oleh tenaga kerja yang mahir kerana kos mesin ini yang agak mahal serta utamakan keselamatan semasa mengendalikanya.

1 comment: